Aktiviti & Komuniti

Calon SPM 2026 Cedera Parah Terima Sumbangan Prihatin

PUTRAJAYA – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang cedera dalam kemalangan motosikal menerima perhatian apabila tampil menerima sumbangan daripada kepimpinan tempatan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Datin Seri Anggriani Sentiyaki yang mewakili suaminya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, kepada mangsa, Ami Asyyifa Abd. Rahman di kediamannya di Pangsapuri Putra Damai.

Difahamkan, Ami Asyyifa yang merupakan pelajar di SMK Putrajaya Presint 11 (2) mengalami kecederaan serius termasuk patah bahu dan kaki kiri selepas terbabit dalam kemalangan ketika membonceng motosikal.

Sumbangan yang disampaikan oleh Datin Seri Anggraini ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung selain memberi sokongan moral kepada mangsa yang kini dalam proses pemulihan.

Beliau turut menzahirkan rasa prihatin terhadap nasib yang menimpa pelajar tersebut serta berharap agar terus kuat dan tabah menghadapi ujian, lebih-lebih lagi dalam persediaan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan.

Beliau juga mendoakan agar Ami Asyyifa diberikan kesembuhan sepenuhnya dan mampu kembali meneruskan sesi persekolahan seperti biasa dalam masa terdekat. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.