Isu Semasa

UMNO Tegur Lim Guan Eng, Jangan Jadi Punca Ketegangan

Saya memandang serius kenyataan Penasihat DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai dalam Kerajaan Perpaduan.

Kenyataan sedemikian tidak membantu, malah boleh mengeruhkan keadaan ketika pimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap beberapa isu yang timbul kebelakangan ini.

Saya ingin mengingatkan Lim Guan Eng agar tidak menjadi batu api yang mampu mencetuskan masalah lebih besar.

Jika beliau mempunyai pandangan negatif terhadap UMNO dan Barisan Nasional, beliau juga perlu memahami bahawa ramai dalam UMNO dan BN mempunyai pandangan yang sama terhadap beliau.

Namun demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat, semua pihak perlu bertindak matang dan profesional.

Sebagai pemimpin senior, tanggungjawab kita adalah untuk menyatukan dan memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan, bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan hubungan antara parti-parti dalam kerajaan.

Rakyat mahukan kestabilan dan penyelesaian, bukan pertelingkahan politik yang berpanjangan.

DATO’ SRI DIRAJA HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
NAIB PRESIDEN UMNO

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.