80 Tahun UMNO: Tengku Adnan Harap Sambutan di Johor Bahru Jadi Pencetus Kebangkitan
JOHOR BAHRU- Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan ucapan ulang tahun ke-80 UMNO dengan penuh harapan agar parti keramat itu kembali bangkit demi masa depan rakyat dan negara.
Menurut beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, sambutan ulang tahun kali ini yang kembali diadakan di Istana Besar Johor Bahru membawa simbolik tersendiri dalam usaha memperkukuh semula perjuangan parti.
“Selamat ulang tahun UMNO. Genap 80 tahun, hari ini kembali ke Istana Besar Johor Bahru. Moga menjadi pencetus kebangkitan UMNO demi masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan sempena sambutan ulang tahun ke-80 UMNO hari ini.
Sambutan bersejarah itu dilihat sebagai medan memperkukuh semangat perjuangan dan perpaduan dalam kalangan ahli parti bagi menghadapi cabaran politik semasa serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO. – UMNOPutrajaya

