Isu Semasa

PH Tidak Boleh Lepas Tangan Isu RCI TH

Terima Kasih Menteri-Menteri Kabinet BN

Semalam Laporan RCI Tabung Haji telah dinyahklasifikasi sebagai laporan awam yang telah dibentang dan diluluskan oleh kabinet. Perlu diingat semangat kabinet adalah keputusan konsensus dan tanggungjawab bersama bagi setiap Menteri kabinet di dalam kerajaan dalam keputusannya.

Ini bermakna Menteri Kabinet dari PH juga perlu bertanggungjawab dengan laporan RCI TH yang dikeluarkan. Mereka tidak boleh lari, lepas tangan dan bersembunyi dengan keputusan kabinet semalam. Laporan RCI TH dibentangkan bermula dari tahun 2014-2020 yang menyentuh era pemerintahan zaman BN dan PH. Ingat BN kalah PRU pada 2018 yang bererti hanya 2014-2018 (separuh tahun) sahaja ada kaitan dengan BN selepas itu era PH pula.

Di dalam era 2014-2018, di dalam laporan ada penemuan hibah terlebih bayar, subsidi haji yang tinggi kepada pendeposit TH dan bayaran bonus kepada staff TH disentuh. Adakah itu yang diratib oleh YAB PMX selama ini, sakau sakau sakau???? Jangan lupa kerugian dimana zaman PH yang mengakibat banyak kaunter saham-saham TH rugi besar jangan di buat-buat lupa. Selepas PRU14 harga dan dividen di perolehi dari kaunter2 saham dimiliki TH merudum teruk di bursa saham, kegagalan syarikat tujuan khas UJSB yang diwujudkan selepas PRU14 untuk memulih dan membayar balik keatas aset-aset TH yang dipindahmilik, tiada pendakwaan dibuat. Ini juga perlu dijawab oleh PH sebab ini era mereka tetapi yang pelik selepas 3 tahun baru ianya didedahkan. Apa tujuannya??

Akhir kata, dalam soal ini saya ingin memuji tindakan Menteri-Menteri Kabinet dari BN yang telah bersetuju agar laporan RCI TH dibentangkan kepada umum. Malah RCI TH ini ditubuhkan zaman YB DS Ismail Sabri menjadi PM. Ini membuktikan BN tidak pernah berniat untuk menyorok atau menyembunyikan salah laku, sentiasa telus, tidak berkompromi dan mendokong pendedahan dan laporan yang dibuat oleh RCI TH. Kini kita cabar pula kerajaan untuk tubuhkan RCI KWAP? Ada berani?

Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bahagian Batu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.