Berita

PRN Negeri Sembilan: Tengku Adnan Ucap Tahniah Kepada Kepimpinan BN

KUALA LUMPUR – Bendahari UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua calon serta kepimpinan Barisan Nasional (BN), khususnya di Negeri Sembilan, atas kejayaan yang dicapai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026.

Dalam satu kenyataan, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti, penyokong dan pengundi BN yang telah memberikan kepercayaan serta sokongan sepanjang kempen dan proses pilihan raya.

“Alhamdulillah. Tahniah dan syabas kepada semua calon dan kepimpinan Barisan Nasional khususnya di Negeri Sembilan.

“Terima kasih kepada seluruh jentera, penyokong dan pengundi Barisan Nasional atas kepercayaan serta sokongan yang telah diberikan dalam Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan 2026,” katanya.

Beliau berharap amanah yang diberikan rakyat akan menjadi pemangkin kepada semua wakil rakyat dan kepimpinan BN untuk terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan.

Menurutnya, kejayaan tersebut perlu diterjemahkan melalui usaha berterusan dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta memastikan pembangunan Negeri Sembilan terus diperkasakan demi kesejahteraan dan kemajuan negeri. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.