Kunjungan Prihatin: Ziarahi Firdaus KC Bunga Rafflesia di Hospital Putrajaya
PUTRAJAYA: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim, meluangkan masa menziarahi Sdr Firdaus KC Bunga Rafflesia yang sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Dalam kunjungan tersebut, Ahmad Faisal turut ditemani Sdr Saiful, PSU Pemuda UMNO Bahagian, serta Sdr Khusairi, Penolong Bendahari Pemuda UMNO Bahagian merangkap Ahli Lembaga Pelawat Hospital Putrajaya.
Kunjungan berkenaan merupakan tanda keprihatinan dan sokongan kepada Sdr Firdaus yang kini sedang menjalani rawatan.
Ahmad Faisal turut mendoakan agar Sdr Firdaus diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang menjalani rawatan di hospital.
“Semoga Sdr Firdaus cepat sembuh,” katanya. – UMNOPutrajaya

