Ziarah Kasih Santuni Warga Emas di Pangsapuri Melinjau
PUTRAJAYA — Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, meneruskan usaha mendekati masyarakat menerusi program Ziarah Kasih dengan menyantuni seorang warga emas, Puan Noorzakiah Kadiman, 68, yang menetap di Pangsapuri Melinjau.
Noorzakiah, yang mesra disapa sebagai ‘Opah’, merupakan anak kelahiran Kampung Selabak, Perak dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Selepas bersara, beliau kini meneruskan kehidupan dengan menjalankan perniagaan pembekalan makanan di sebuah kiosk berhampiran kediamannya bagi menambah pendapatan keluarga.
Ibu kepada dua orang anak perempuan itu kini tinggal bersama anak-anak serta dua orang cucunya.
Cucu sulung beliau, Mohamad, merupakan seorang remaja autisme berusia 18 tahun, manakala cucu bongsunya yang berusia 15 tahun kini sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1).
Program Ziarah Kasih berkenaan menjadi wadah untuk menyantuni serta mendengar sendiri kisah dan keadaan kehidupan masyarakat, khususnya golongan warga emas dan keluarga yang memerlukan perhatian.
Semoga Puan Noorzakiah bersama seluruh ahli keluarganya terus diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalani kehidupan seharian. – UMNOPutrajaya


