Isu Kutipan JPJ – Zetrix AI
Wah-Wah-Wah, senang-senang sahaja pihak Zetrix AI mengemukakan tawaran penyelesaian berhubung tunggakan bayaran RM314juta yang dikutip tetapi tidak diserahkan kepada pihak JPJ sebelum ini kepada Kementerian Pengangkutan yang disahkan oleh Tim Menteri Pengangkutan semalam di Dewan Rakyat.
Cadangan tawaran penyelesaian bayaran pendahuluan sebanyak sejumlah RM100juta akan dibayar yang selebihnya baki RM214juta akan dibayar secara ansuran sebanyak RM35.6juta selama 6 bulan bagi membolehkan Zetrix AI meneruskan urusan sebagai agen kutipan bagi pihak JPJ.
Persoalannya kenapa perlu ada cadangan dan tawaran bayaran tunggakan. Bukankan duit kutipan yang diambil dari rakyat bagi pihak JPJ itu sepatutnya perlu diserahkan sepenuhnya selepas ditolak komisyen mengikut kerangka perjanjian yang telah dimenterai sebelum ini antara kerajaan dengan Zetrix AI. Adakah kerajaan cuba menyelamatkan Zetrix AI dalam isu ini dengan cadangan tawaran penyelesaian ini. Keputusan cadangan ini akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.
Jika sekiranya berjaya dimana Kementerian Kewangan meluluskan dengan cadangan Zetrix AI ini, sudah terang lagi bersuluh ada tangan-tangan ghaib dibelakang tabir untuk menyelamatkan Zetrix AI ini. Bila urusan JPJ seperti pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan saman JPJ di platform Zetrix AI dengan rakyat tiada langsung masa dan had tempoh tunggakan diberikan tetapi bila melibatkan Zetrix AI had masa jelaskan tunggakan diberikan oleh kerajaan. “Double Standard” betul.
Akhir kata, cuba perkara ini berlaku di zaman BN, lunyai jawabnya, bila berlaku zaman kerajaan madani ini, lain pula jawapannya. Ahli-Ahli Parlimen PH pun tidak berani bersuara dalan isu ini kerana mereka tahu Zetrix AI dipihak yang salah. Hanya tangan-tangan ghaib dan yang berkepentingan sahaja yang cuba menyelamatkan Zetrix AI ini. Wallahuallam.
Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu WP


