Majlis Tautan Kasih Semarakkan Silaturrahim Wanita Muda Putrajaya

PUTRAJAYA – Program Tautan Kasih yang melibatkan mantan Ketua Puteri Cawangan, AJK Puteri Bahagian, Ketua-Ketua Puteri Cawangan dan seluruh ahli Puteri anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya telah berlangsung lancar, yang diadakan pada 16 Sept, semalam.

Bertempat di Karyabraha Hipster Café, program ini telah dirasmikan oleh isteri Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

Biarpun acara tersebut berlangsung secara santai namun kemeriahan amat terserlah dengan jalinan silaturrahim bersemarak sebagaimana keceriaan yang tergambar dikalangan mereka yang hadir.

Dalam program ini telah diadakan pertandingan bayi comel yang melibatkan lebih 30 penyertaan dengan peluang kepada ibu bapa untuk mempamerkan ketrampilan anak-anak mereka beraksi di khalayak ramai.

Turut diadakan ialah cabutan bertuah dan juga ‘car boot sale’ yang memberi peluang kepada mereka berniaga.

Hadir sama memberi sokongan ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada September 17, 2019 - 11:33 am oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.