Berita

Majlis Ramah Mesra Bentuk Muafakat Masyarakat

PUTRAJAYA – ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’ yang menjadi tema dalam Majlis Ramah Mesra Blok A3 Presint 16 merealisasikan pembentukan masyarakat yang muafakat dan saling memahami melalui kelompok satu keluarga besar.

Majlis tersebut yang berlangsung pada 5 Mac lalu telah menjalankan sesi suai kenal dan dialog bersama para penduduk tempatan.

Dengan adanya majlis ini, para penduduk bukan sahaja dapat saling mengenali masyarakat di kawasan kejiranan tersebut tetapi apa yang lebih penting ialah berkongsi semua permasalahan dan keperluan semasa bersama-sama.