Berita

Ceramah Perdana Wanita

PUTRAJAYA – Keprihatinan UMNO Bahagian Putrajaya terhadap peranan golongan wanita terbukti melalui penganjuran Ceramah Perdana Wanita bertajuk ‘Wanita Cemerlang Keluarga Gemilang’ yang diadakan sempena Hari Wanita  Sabtu lalu

Majlis ceramah tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg. Datin Seri Utama Anggeraini Sentiyaki dengan penceramahnya oleh Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Ybhg. Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin.

Ceramah tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C Presint 8, Putrajaya dengan dihadiri oleh penduduk tempatan dan masyarakat sekitar kawasan terbabit.