Berita

Persidangan UMNO Cawangan Bunga Dahlia Lancar

PUTRAJAYA – Selaras dengan tanggungjawab terhadap parti, UMNO Cawangan Bunga Dahlia telah mengadakan persidangan perwakilan cawangannya pada 13 Mac lalu di Kelab Taman Tasik Putrajaya.

Persidangan tersebut berlangsung dengan lancar apabila semua anggota perwakilannya turut serta menjayakan mesyuarat dengan perbincangan berkaitan hal-hal dalaman membabitkan ahli-ahli UMNO di kawasan sekitarnya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Khairudin Samad.

Dalam ucapannya, beliau telah meminta semua ahli-ahli di peringkat akar umbi agar memperkukuh semangat perjuangan dan meneruskan agenda untuk terus bersama-sama UMNO demi agama, bangsa dan negara.