Aktiviti & Komuniti

Futsal 1Pahang 1Malaysia

PUTRAJAYA – Persatuan Anak-Anak Negeri Pahang (PARKAP) telah menganjurkan perlawanan futsal 1Pahang 1Malaysia yang berlangsung pada 13 Mac lalu di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18, di sini.

Pertandingan tersebut yang disertai oleh pasukan dari anak-anak tempatan dan penduduk sekitar telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kehadiran beliau bukan hanya dapat menyuntik semangat kepada para peserta pertandingan tersebut tetapi secara tidak langsung membuktikan kesungguhannya sebagai pemimpin tempatan untuk bersama-sama rakyat dalam pelbagai acara.

Tengku Adnan menjelaskan bahawa program sedemikian bukan hanya dapat menyemai semangat kesukanan dan kesihatan badan tetapi ia juga dapat melahirkan semangat berpasukan, kerjasama dan toleransi dalam masyarakat.