Aktiviti & Komuniti

Tengku Adnan Berbasikal ke Tapak Program

PUTRAJAYA – Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor membuktikan bahawa beliau pemimpin tempatan yang sanggup turun padang dalam memastikan setiap agenda bersama rakyat dan masyarakat tempatan berlangsung lancar dalam pelbagai cara.

Dalam kesibukan memastikan acara sempena Hari Perhimpunan Sejuta Belia di sini, beliau selaku Ahli Parlimen Putrajaya telah mengambil inisiatif dengan berbasikal ke tapak program yang terletak sejauh 500 meter.

Tengku Adnan bersama-sama penduduk tempatan menunggang basikal dari Presint 4 ke tapak perasmian satu program iaitu Terbang Layang di Presint 2 pada 28 Mei lalu.