Berpolitik Dengan Matang, Contohi Kempen Pilihan Raya Turki
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa masyarakat tempatan agar mencontohi rakyat Turki dalam mengaplikasikan kempen mereka pada Pilihan Raya Umum lalu negara terbabit.
Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO telah menerima jemputan daripada rakan sejawatnya dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Idris Naim Sahim untuk berada di sana dan melihat bagaimana kempen terbabit dilaksanakan.
“Parti-parti di sana berkempen dengan tidak membangkitkan emosi terhadap mana-mana pihak apatah lagi untuk menyebut dan memburuk-burukkan pemimpinnya,” katanya.
Jelas beliau, biarpun Turki adalah negara pelbagai kaum dan mempunyai parti-parti yang cenderung kepada idealogi dan fahaman tertentu tetapi mereka berpolitik secara matang tanpa menimbulkan sebarang perasaan kebencian.
“Sewajarnya kita sebagai sebuah negara Islam juga menyemaikan perasaan sedemikian dengan tidak mewujudkan propaganda yang boleh melahirkan rasa benci terhadap mana-mana pencabar dan parti lawan,” katanya.
Dalam kunjungan selama dua hari di negara terbabit, Tengku Adnan turut melihat bagaimana sepanduk-sepanduk besar di tepi-tepi jalan dan premis-premis perniagaan hany memaparkan gambar-gambar calon yang bertanding sahaja tanpa ada sebarang ungkapan atau kata-kata buruk tertulis.
Jelasnya lagi, garis sempadan yang dibuat untuk setiap parti bertanding dilaksanakan dengan teratur malahan setiap parti hanya dibenarkan untuk meletakkan hanya bendera parti dan sepanduk dalam kempen masing-masing.
“Kematangan berpolitik jelas boleh docontohi oleh masyarakat temapatan khususnya dalam Pilihan Raya Umu ke-13 akan datang yang tentunya tidak akan ada sebarang permusuhan sekiranya ia dimanfaatkan.”
Jelasnya, negara harus menolak aktiviti yang ganas dan perkara-perkara yang boleh merosakkan agenda persefahaman dan perpaduan dalam negara termasuklah dalam melaksanakan pilihan raya.
Selepas berada di Turki, Tengku Adnan telah berkesempatan berkunjung ke Bosnia atas jemputan Council of Presiden Parti Tindakan Demokratik (SDA), Bakir Ezietbejovic yang akan mengambil alih jawatan Presiden pada giliran orang Islam Mac akan datang.
Dalam kunjungan tersebut, perbincangan berkisar berkaitan hubungan antara UMNO dan SDA dalam hasrat memastikan ikatan persefahaman antara parti terus kukuh.
You must be logged in to post a comment.