Rencana

Liga Sukan Komuniti Manfaat Bersama Rakyat dan Pemimpin

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat tempatan untuk bersama-sama menjayakan program-program tempatan yang bukan sahaja mampu menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental tetapi juga memberi kesan positif kepada perkembangan masyarakat sekitar.

Beliau yang mahukan hubungan akrab dijalin antara pemimpin dan semua lapisan dalam masyarakat berkata demikian selepas merasmikan Liga Sukan Komuniti Wilayah Persekutuan Putrajaya 2011 yang berlangsung pada 18 Jun lalu.

Katanya aktiviti sukan yang dimanfaatkan akan menyemarakkan perkembangan dalam masyarakat dengan setiap individu menjalin kerjasama dan semangat berpasukan untuk memperoleh kemenangan.

Liga sukan tersebut yang antaranya melibatkan sukan futsal, takraw dan bola jaring berlansung dengan jayanya di Taman Pancaroba, Presint 18 bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.