Rencana

Turun Padang Bersama Rakyat Raikan Majlis Perkahwinan

PUTRAJAYA – Cuti hujung minggu tentunya akan dipenuhi dengan undangan ke majlis-majlis kenduri dan ia juga dijadikan antara acara wajib bagi Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memenuhi jemputan dan berjumpa dengan masyarakat di kawasan terbabit.
Pada 18 Jun lalu, beliau telah meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan Mohd Azhar Mahmud dengan Ezatun Aidah Hj Mohd Yusof di Dewan Serbaguna , Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Pada hari yang sama, beliau juga telah meraikan pasangan Mohamad Russaini Mohd Noor @ Saini dengan pasangannya Mariahti Haji Hussain bertempat di Dewan Presint 11, Zone 6B, Jalan P11J, Putrajaya

Datuk Seri Utama Tengku Adnan juga telah menghadiri majlis perkahwinan di Dewan Serbaguna Presint 18, Putrajaya sebagai memenuhi undangan Encik Jasni Majid atas perkahwinan adik beliau.