Berita

Perasmian Sekolah Rendah Agama dan Surau An-Najah

PUTRAJAYA – Mengambil kira keperluan masyarakat dan penduduk tempatan, Sekolah Rendah Agama dan Surau An-Najah di Presint 9, Putrajaya dapat dibangunkan sebagaimana yang diharapkan sebelum ini.

Sekolah Agama dan Surau An-Najah ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 23 Jun lalu.

Dengan adanya kemudahan tersebut, terbukti bahawa kerajaan dan pemimpin tempatan sentiasa prihatin terhadap keperluan dan keselesaan penduduk.