Berita

Kursus Pemantapan Transformasi Organisasi

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya turut serta sebagai antara wakil yang terlibat daripada 21 bahagian dalam Kursus Pemantapan Transformasi dan Organisasi yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingg 26 Jun lalu.

Kursus tersebut secara tidak langsung dapat mencambahkan idea-idea baru untuk diaplikasikan dalam setiap bahagian bagi menyemarakkan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara.

Kursus ini telah disempurnakan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam untuk bersama-sama peserta yang melibatkan seramai 556 orang terdiri daripada sayap-sayap 4 peringkat dan wakil-wakil ketua sayap UMNO.

Ia telah berlangsung dengan jayanya di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.