Berita

Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2011 Bermula

PUTRAJAYA – Majlis Perasmian Festival dan Taman Putrajaya telah berlasung dengan jayanya pada 9 Julai 2011 di Persisisran Tasik Presint 2 yang dirasmikan oleh Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selaku Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.

Pesta Flora bermula 9 hingga 17 Julai, yang menjanjikan lebih 12,000 mawar pelbagai jenis dipamerkan bertempat di Waterfront Presint 2, Putra Jaya. Terdapat 400,000 jenis bunga hiasan beraneka warna, tumbuhan herba, pokok liar dan hiasan laman unik berwarna-warni.

Rekaan taman daripada 13 pereka taman dan gubahan bunga dari luar negara seperti Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Taiwan, Thailand, Macau, Kenya, Pakistan, Kanada, New Zealand dan Hong Kong juga dipamerkan.