Aktiviti & Komuniti

Program & Aktiviti “Mawar Untuk Selamanya” Di Pesta Flora 2011

PUTRAJAYA – Pesta flora kali ini turut membabitkan Kementerian Pelancongan bagi acara ‘Malam Perarakan Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia’, yang menyaksikan perarakan 14 bot dihiasi bunga-bungaan pelbagai warna berlangsung setiap malam sepanjang penganjurannya di Tasik Putrajaya.

Pameran bengkel berkebun dan bercucuk tanam serta pertandingan taman seni reka bentuk kreatif turut diadakan pada festival ini.

Sebahagian daripada daya tarikan di Floria 2011 adalah:
Taman-taman perhiasan Flora
Taman Istimewa Ros
Taman Antarabangsa
Taman-taman Korporat
Taman-taman Pertunjukan Sekolah dan Universiti
Taman-taman NGO
Taman Terapi
Astaka Flora
Bazar Taman
Persembahan Seni & Kebudayaan

Tarikh: 9 – 17 Julai 2011
Tempat: Waterfront Presint 2, Putra Jaya
Masa: 9 pagi hingga 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis (dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam pada Jumaat serta hujung minggu)

Masuk adalah percuma.