Aktiviti & Komuniti

Imarahkan Ramadan Dengan Tadarus

PUTRAJAYA – Mengambil keberkatan bulan Ramadan, program tadarus menjadi pengisian penting bagi surau-surau di sekitar Putrajaya sebagai usaha mengimarahkan bulan tersebut dan pengisian rohani kepada masyarakat sekitar.

Usaha ini turut disertai oleh Datin Seri Utama Angeriani Sentiyaki yang bersama-sama penduduk setempat bertadarus di Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11 pada 6 Ogos lalu.

Program tadarus ini akan berterusan sepanjang Ramadan yang dilihat bukan sahaja dapat mencerminkan kehidupan Islam yang unggul tetapi secara tidak langsung dapat terus meningkatkan syiar Islam.