Berita

Majlis Perasmian Pejabat Utusan Malaysia Cawangan Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa menghadiri Majlis Perasmian Pejabat Utusan Malaysia Cawangan Putrajaya yang bertempat di Presint 15.

Majlis yang diadakan pada 11 November tersebut telah berlangsung dalam suasana harmoni dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.

Beliua yang juga Ketua Bahagian Putrajaya mengharapkan dengan adanya cawangan tersebut akan memudahkan urusan pemberitaan khususnya di kawasan terbabit yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan sebagai antara pusat pelancongan termoden.