Nilai Integriti dan Kebertanggungjawaban
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia
Ramai pihak beranggapan penerangan dalam bentuk debat adalah antara jalan terbaik sebagai memberi penjelasan kepada masyarakat berkaitan dasar, pelaksanaan dan keprihatinan sesebuah parti dalam melaksanakan tanggungjawab, namun demikian ia sebenarnya bukanlah satu jalan penyelesaian.
Tidak kiralah siapa yang benar atau siapa yang salah daripada perbahasan yang dilaksanakan tetapi perkara utama yang perlu difahami ialah ‘bangkai gajah’ tidak mungkin akan dapat disembunyikan apatah lagi apabila berdepan dengan masyarakat yang bijak membuat penilaian dan arif dalam melakukan pertimbangan.
Renung dan sorotlah sendiri segala nikmat yang dirasai dalam Malaysia sejak dari kemerdekaan hinggalah ke hari ini, bukan saja keamanan dan kesejahteraan tetapi setiap warganya bebas untuk melaksanakan impian dan cita-cita tanpa mengira latar belakang dan idealogi politik pun. Inilah sebenarnya keterbukaan dan integriti kepimpinan dari Kerajaan Barisan Nasional, (BN).
Justeru, apa saja yang telah, sedang dan akan dikerjakan apatah lagi apabila berkait dengan kepentingan rakyat maka lakukanlah dengan penuh keikhlasan tanpa sekelumit pun ada tersimpan rasa angkuh, ego dan meninggi diri. Barangkali rakyat boleh ditipu tetapi ingatlah bahawa kuasa Allah SWT tidak akan dapat dilawan oleh sesiapapun.
DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Ahli Parlimen / Ketua UMNO Bahagian Putrajaya
17 Februari 2012