Berita

Persatuan Pemilik Kereta Wish Tekad Bersama BN

PUTRAJAYA – Kesinambungan pentadbiran Barisan Nasional (BN) dalam memastikan negara berada dalam suasana aman dan sejahtera dengan rakyatnya mendapat limpahan nikmat menerusi kerjasama antara kaum dalam pelbagai bidang termasuk perkongsian kuasa politik member kesan kepada Persatuan Pemilik Kereta Wish.

Atas kesyukuran yang dirasai maka persatuan tersebut bertekad untuk terus memberikan sokongan kepada BN dalam apa jua keadaan khususnya mengundi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Janji tersebut telah dinyatakan sendiri kepada Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dalam program bersama mereka yang diadakan bersempena pelepasan konvoi tersebut di Dataran Putrajaya, 24 Mac lalu.

“Kita antara negara berbilang kaum yang paling berjaya dalam mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara sejak awal kita merdeka sehingga ke hari ini dan kerajaan BN komited dengan tekad meneruskan rekod baik yang dipegang selama ini dalam memelihara keamanan dan kestabilan,” katanya.