Aktiviti & Komuniti

Sukan Air Putrajaya 2012

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan Pesta Air Putrajaya bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 pada 24 Mac 2012 bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya.

Pelbagai acara telah disediakan seperti pertandingan perahu panjang, sukaneka, pertandingan mewarna dan persembahan artis popular.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyerikan majlis tersebut dengan menyampaikan hadiah kepada para pemenang serta meluangkan masa dalam program tersebut.