Rencana

Hari Keluarga MPKB Perkukuh Ikatan Silaturrahim

PUTRAJAYA – Hari Keluarga Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Sub Zon F Presint 9 telah berlansung meriah pada Sabtu (7 April) dengan majlis perasmiannya disempurnakan oleh isteri Ahli Parlimen merangkap Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki.

MPKB yang berfungsi sebagai pembangunan komuniti terancang, sistematik dan efektif melalui rangkaian pertubuhan sehingga ke peringkat akar umbi bergiat aktif termasuklah dalam menjalinkan hubungan erat di kalangan anggota masyarakat sebagai satu keluarga.

Hari keluarga tersebut telah dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuklah sukaneka, cabutan bertuah, pertandingan melukis untuk kanak-kanak, pertandingan gubahan untuk wanita dan lain-lain lagi yang disertai oleh para penduduk tempatan.