Rencana

Walimatul Urus Keluarga En. Selamat

PUTRAJAYA – Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki mewakili suaminya iaitu Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah memenuhi undangan perkahwinan keluarga En Selamat yang berlangsung di Presint 9, Ahad (8 April) lalu.

Dalam majlis tersebut, beliau telah meluangkan masa untuk beramah mesra dan bertemu dengan para penduduk tempatan yang bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.