Berita

Pusat Bowling Alamanda Satukan Masyarakat Setempat

PUTRAJAYA – Pusat Bowling Alamanda telah menjadi lokasi bagi pertandingan Bowling Tenpin anjuran Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Sub Zon E, Fasa 3 & 4, Presint 9 yang berlangsung pada 8 April (Ahad) dengan menghimpunkan masyarakat tempatan khususnya para penduduk di fasa terbabit.

Pertandingan tersebut telah berlangsung dengan meriah dan dapat menepati fokus utama iaitu menyemai semangat berkumpulan dan kekeluargaan dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan dan kesukanan selain dapat menyerap isu-isu perbandaran di kawasan terbabit.

Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hj Noordin Hassan telah merasmikan program tersebut bagi mewakili ketuanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.