Berita

Persidangan Cawangan Bunga Anggerik

PUTRAJAYA – Selaras dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO, iaitu semua cawangan boleh mengadakan Persidangan Tahunannya bila-bila masa mulai, 1 April 2012 sehingga hari 15 Jun 2012, maka Cawangan Bunga Anggerik telah bermesyuarat pada 7 April 2012 (Sabtu) bertempat di Dewan Komuniti Presint 8.

Persidangan yang telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya iaitu Datuk Khairuddin Samad berlangsung dalam suasana harmonis dan lancar sebagaimana perancangannya.

Ketua Cawangannya, Puan Saadiah Bakar dalam ucapan aluan telah menyeru semua anggota cawangan agar berganding bahu dan bersama-sama memperkukuh UMNO yang telah banyak berjasa kepada rakyat.