BeritaRencana

Kelab Kayuh Amatur Presint 14

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah melepaskan para peserta Kelab Kayuh Amatur di Presint 14 sebagai simbolik bermulanya program berbasikal mereka hari ini, Ahad 29 April 2012.

“Sukan dan acara berbasikal boleh menjadi medan atau platform terbaik dalam mengisi waktu terluang yang secara tidak langsung dapat membanteras aktiviti tidak sihat di kalangan masyarakat tempatan di samping memberi kesedaran berkaitan aktiviti kesihatan,” katanya selepas program tersebut.