Maidatul Rahman Kembali Lagi Semarakkan Ramadan Al-Mubarak
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya kembali bersama program Maidatul Al-Rahman menjelangnya Ramadan Al-Mubarak yang konsepnya menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma untuk semua para pengunjung di sini.
Ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebagaimana tahun lalu, program tersebut diadakan bukan hanya untuk mengeratkan silaturahim sesama penduduk, tetapi juga bagi menyemarakkan lagi amalan bersedekah pada bulan yang mulia ini.