Meriah Program Nur Ramadan, Selasa (17 Julai) Di Surau Al-Kauthar
PUTRAJAYA – Menjelangnya ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak, UMNO Bahagian Putrajaya akan mengadakan Program Nur Ramadan di Surau Al-Kauthar, Presint 18, sebagai sambutan bagi meraikan kedatangan bulan yang mulia dengan menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada 50 buah surau yang terdapat di sekitar ini.
Menerusi program tersebut, Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor akan menyerahkan wang berjumlah RM1,500 dan barangan keperluan untuk surau-surau di sekitar Putrajaya.
Sumbangan tersebut diberikan bagi persediaan moreh menjelangnya bulan Ramadan.
Program Nur Ramadan ini akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah yang kemudiannya akan diteruskan dengan bacaan surah yassin dan doa selamat dan solat Isyak.
Seterusnya sumbangan akan diberikan kepada semua wakil surau-surau di sekitar Putrajaya.
Sehubungan itu, semua para penduduk tempatan dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Program Nur Ramadan yang akan diadakan pada Selasa, 17 Julai 2012.
You must be logged in to post a comment.