Rencana

Walimatul Urus Keluarga En Ismail & Puan Juriah

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan ucapan tahniah dan berbesar hati bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan anak kepada En Ismail dan Puan Juriah yang berlangsung di Dewan Inspirasi SMK Putrajaya, Presint 14 Ahad lalu.

Dalam majlis tersebut, dua orang anak lelaki En Ismail dan Puan Juriah telah melangsungkan perkahwinan iaitu Muhammad Iszhar dengan pasangannya Noorharyanti dan Muhammad Iszwan dengan Noor Aishah.

Semoga pasangan terbabit dikurniakan kebahagian dan kekal hingga ke akhir hayat.