Aktiviti & Komuniti

Santai Bersama Rakyat Selami Permasalahan

PUTRAJAYA – Keprihatinan Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam menyelami permasalahan masyarakat tidak membataskan beliau untuk berkomunikasi dengan semua lapisan masyarakat khususnya golongan muda.

Justeru, beliau menggunakan kesempatan bersama-sama rakyat termasuklah dalam suasana santai sebagaimana di Restoran Haji Yusof, Presint 9 untuk bertemu penduduk tempatan dan bertanyakan khabar dalam permasalahan yang dihadapi.

Menerusi pendekatan turun padang dan suasana yang tidak rasmi, masyarakat lebih mudah bersama pemimpin tempatan dan bertukar-tukar pendapat.