Berita

Majlis Ramah Mesra Jalin Muafakat Dalam Masyarakat

PUTRAJAYA – Alternatif bagi mewujudkan warga muafakat dan masyarakat yang sepakat telah dilaksanakan melalui Majlis Ramah Mesra Warga Presint 5 serta Taklimat Penubuhan Rukun Tertangga (KRT) oleh Jabatan Perpaduan & Intergrasi Nasional Serta Majlis Penerangan Komuniti 1Malaysia Presint 5 pada 2 Nov 2012 (Jumaat).

Majlis yang berlangsung di Dewan Parcel 5R4 telah mendapat sokongan sepenuhnya dari anggota masyarakat yang sememangnya mahu usaha murni sedemikian dilaksanakan
berterusan demi kelestarian penduduk tempatan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Khairudin Samad.