Rencana

Majlis Perkahwinan Keluarga En. Wan Nasir

PUTRAJAYA – Cuti hujung minggu telah dimanfaatkan oleh ahli keluarga En. Wan Nasir bagi mengadakan majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung meriah di Dewan Presint 16 dan turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

En. Wan Nasir yang merupakan pengundi Putrajaya dan juga ahli UMNO Cawangan Bunga Teratai telah mengadakan majlis tersebut pada 4 Nov 2012 (Ahad).