Berita

PDM Putrajaya Siap Siaga Berdepan PRU

PUTRAJAYA – Anggota Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parlimen Putrajaya telah bersedia untuk berdepan dengan cabaran yang bakal dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Dalam memastikan kelancaran perancangan yang dibuat, ketua-ketua PDM telah mendengar taklimat dalam majlis perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bertempat di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel pada 19 Nov lalu (Isnin).

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan juga Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.