Berita

Menyelami Isu Kebebasan Menukar Agama Dalam Ceramah Rakyat

PUTRAJAYA – Dalam usaha untuk memastikan akidah umat Islam tidak terpesong dan memberikan penjelasan berlandaskan hukum Islam, Program Ceramah Rakyat telah diadakan dengan tajuk ‘Kebebasan Menukar Agama Dari Perspektif Islam dan Perlembagaan’ yang disampaikan oleh penceramah khas iaitu Dr. Fairuz Khairuddin iaitu Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orangbukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

“Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing,” katanya dalam majlis yang berlangsung di Dewan Harmoni (Putra Harmoni) Presint 9, Putrajaya pada Jumaat lalu (23 Nov).