Aktiviti & Komuniti

Putrajaya Pastikan Kucing Terbiar Dapat Pembelaan

PUTRAJAYA – Selaras dengan pembangunan sebagai sebuah bandar terancang yang moden, Parlimen tempatan turut menyediakan pusat pemeliharaan kucing yang menempatkan kucing-kucing terbiar dalam memastikan ia terpelihara dan tidak berkeliaran tanpa hala tuju.

Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang melakukan tinjauan di depoh Presint 9 hari ini, Isnin (24 Dis) turut menyeru orang ramai agar menghantar mana-mana kucing terbiar atau yang tidak mahu dipelihara ke pusat berkenaan bagi memastikan ia terjaga.

Sebagai pemimpin, kasih beliau bukan hanya tumpah kepada warga tempatan malah turut memastikan kebajikan kucing sebagaimana Rasulullah SAW yang turut mengasihi haiwan terbabit.

Jelasnya juga, bagi mana-mana individu yang mahu membela kucing sebagai haiwan peliharaan bolehlah mengunjungi depoh terbabit dan memilih mana-mana kucing yang diminati.