Rencana

Majlis Perkahwinan Shazul Edri & Teh Nurul Shahida

PUTRAJAYA – Cuti perayaan Hari Natal dimanfaatkan oleh Hajah Badariah dan keluarga bagi menyempurnakan majlis perkahwinan anak lelakinya iaitu Shazul Edri dan pasangannya Teh Nurul Shahida yang turut dihadiri pemimpin tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Majlis yang berlangsung pada 25 Disember 2012 (Selasa) di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 16 diraikan dengan meriah oleh sanak saudara dan para penduduk tempatan yang sama-sama mendoakan agar pasangan mempelai mendapat keberkatan dan berbahagian hingga ke akhir hayat.