Berita

Bantuan Persekolahan Semarakkan Program Bersama Rakyat Putrajaya

PUTRAJAYA – Menjelang sesi persekolahan baru tahun 2013, Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyampaikan bantuan kepada 400 pelajar yang akan memulakan tahun satu termasuklah pemberian baucer bernilai RM100 bagi membeli peralatan persekolahan iaitu alat tulis, baju dan beg sekolah.

Majlis penyampaian tersebut telah berlangsung dalam Program Bersama Rakyat di Padang Dewan Presint 9 pada 29 Dis (Sabtu) dengan kehadiran sekitar 1,000 orang termasuklah para penduduk tempatan yang tidak melepaskan peluang bersama Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Sesi persekolahan baru akan bermula pada 2 Januari hadapan.