Berita

Takziah Keluarga Nor Azli Hashim

 

fatiha2

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor bersama semua ahli-ahli Jawatankuasa UMNO dengan seluruh ahli UMNO bahagian Putrajaya mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara salah seorang AJK bahagian tersebut yang telah kembali ke rahmatullah iaitu Nor Azli Hashim.

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 1.30 pagi tadi, Sabtu (16 Mac 2013). Datuk Seri Utama Tengku Adnan juga telah meluangkan masa menziarahi jenazah allahyarham di rumah ibunya di Kampung Baru.

Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah