Berita

Manfaatkan Waktu Perkukuh Perjuangan Parti

20130316_214907

 

 

 

 

 

 

 

PUTRAJAYA – Masa yang ada sebelum tibanya tarikh pilihan raya perlu dimanfaatkan oleh masyarakat khususnya anggota parti untuk meningkat dan memperkukuh matlamat perjuangan dengan mamastikan tiap pengundi akan terus kukuh bersama Barisan Nasional, kata Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata demikian dalam perjumpaan bersama anggota jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Saujana Hijau pada 16 Mac 2013 (Sabtu) di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya.