Wakil Rakyat Santai Bersama Warga Tempatan
PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian tempatan merangkap Ahli Parlimen, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa dengan bersantai bersama-sama para penduduk di Presint 15 dan saling bertukar-tukar pandangan berkaitan keadaan semasa dan keperluan masyarakat.
Kesempatan ini juga memberi manfaat kepada masyarakat untuk mengeratkan hubungan dengan pemimpin tempatan yang berlangsung pada 16 Mac 2013.