Berita

Bubuk Lambuk Mega Satukan Warga Putrajaya

Putrajaya – Program memasak bubur lambuk secara besar-besaran yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Putrajaya Berjaya menyatukan warga tempatan dengan semangat toleransi dan kerjasama yang tinggi. Majlis yang berlangsung di padang kejiranan Presint 9 ini pada 12 Julai 2014, Sabtu telah dilaksana dengan jayanya berlandaskan semangat tolong menolong antara satu sama lain sehinggakan tersedia juadah bubur lambuk untuk rakyat tempatan.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Menteri Wilayah Persekutuan telah merasmikan acara memasak bubuk lambuk mega ini dan seterusnya menyampaikan juadah tersebut kepada wakil agensi-agensi Kerajaan dan juga wakil surau-surau di sekitar Putrajaya.

Turut serta dalam acara memasak tersebut ialah isteri Ahli Parlimen tempatan, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki yang turut bertungkus-lumus memastikan setiap tugas dilaksana dengan ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.’

Sehubungan itu, Tengku Adnan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua petugas yang telah berjaya menyempurnakan program memasak bubur lambuk mega. Beliau turut melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

1234

2345

3456

4567

5678

6789