Berita

Manfaatkan Masa Bersama Keluarga, Selamat Hari Natal & Selamat Tahun Baru 2016

PUTRAJAYA – Warga tempatan perlu memanfaatkan cuti hujung tahun khususnya sempena Hari Krismas dan juga menjelangnya sambutan tahun baru 2016 dengan meluangkan bersama-sama keluarga dan orang tersayang, kata Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Jelasnya, peluang yang ada ini juga adalah kesempatan terbaik untuk ahli keluarga dan sanak saudara berkumpul beramai-ramai.

“Inilah juga masa yang perlu dimanfaatkan bagi menyemai kembali kesatuan dan perpaduan iaitu bersama-sama meraikan sambutan Hari Natal dalam masyarakat kita yang berbilang bangsa,” katanya.

Dalam pada itu beliau menasihatkan mereka yang bercuti dan meninggalkan rumah untuk memastikan keselamatan tempat kediaman dan berhati-hati ketika dalam perjalanan menuju destinasi.

Selamat Hari Krismas & Selamat Menyambut Tahun Baru 2016.