Berita

Warga Putrajaya Bersatu Semarakkan Hari Keluarga & Kenduri 1Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Warga tempatan menunjukkan kesatuan tanpa mengira latar belakang dan perbezaan, usia, kedudukan dan perbezaan bangsa apabila menjayalan Kenduri 1Wilayah Persekutuan dan Hari Keluarga hari ini, Ahad, 21 Feb 2016.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang hadir bersama isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki dan keluarga.

Pada majlis tersebut pelbagai acara diadakan melibatkan semua peringkat usia dalam suasana kekeluargaan yang akrab dan meriah.

Acara kemuncaknyq ialah pengumuman cabutan bertuah melibatkan hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton Preve.

Sehubungan itu, Datuk Seri Tengku Adnan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat khususnya mereka yang bertungkus-lumus menjayakannya.

“Terima kasih semua yang telah membuktikan muafakat membawa berkat. Teruskan kerjasama dalam satu keluarga besar di Putrajaya,” katanya.

IMG-20160221-WA0014

IMG-20160221-WA0012

IMG-20160221-WA0010

IMG-20160221-WA0008

IMG-20160221-WA0007

IMG-20160221-WA0006

IMG-20160221-WA0005

IMG-20160221-WA0002