Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerat Silaturrahim Warga Putrajaya
PUTRAJAYA – Hari Raya Aidilfitri terus dirai dalam suasana meriah dengan semangat silaturrahim yang akrab bagi warga tempatan sebagaimana sambutan rumah terbuka yang berlangsung di kawasan-kawasan perumahan. Hal tersebut adalah acara rutin tahunan yang membuktikan jalinan erat antara satu sama lain dengan berkongsi juadah yang ada sebagaimana yang berlangsung pada 17 Julai 2016.
Antaranya ialah majlis sambutan hari raya Aidilfitri dan rumah terbuka Persatuan Warga Emas atau PerWEP di Cafe PICC selain majlis rumah terbuka dan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 di blok 4F Fasa 4 Presint 9 Putrajaya, juga di Fasa 4B Presint 8 Putrajaya, di Fasa 5 Presint 9 Putrajaya, Sambutan Aidilfitri Persatuan Perumahan Superlink Presint 16, Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya di samping Majlis rumah terbuka Surau Al-Muttaqin di Presint 5R6 Presint 5.
Semoga majlis yang diadakan akan dapat mengeratkan lagi semangat perpaduan dan suasana harmoni dikalangan masayarakat tempatan.
You must be logged in to post a comment.