Berita

Jom Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2016

PUTRAJAYA – Warga tempatan dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Wilayah Persekutuan bersama dengan Parlimen Putrajaya dan UMNO Bahagian Putrajaya yang akan berlangsung pada 21 Julai 2016, Khamis di Perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya bermula dari pukul 12.00 tengahari hingga 3.00 petang.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen tempatan dan juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya bersama isteri, Dari Seri Anggraini Sentiyaki mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk beramah mesra dalam suasana hari raya.